Sekarang heboh pasal telur ayam palsu pulak. Telur ayam pun orang boleh cipta ye. Nampak memang serupa macam telur ayam asli. Kalau tengok secara kasar memang tak dapat nak beza sangat.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.
Cara cara nak beza telur ayam palsu, saiz telur agak besar sikit dari yang asli. Telur ayam palsu tak berbau hanyir, tiada pusat , rupanya berkilat dan kasar. Heboh dulu di China sudah ada telur ayam palsu.
Berita dari Bernama:
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.
Sumber : Google.com
HATI-HATI BILA BELI TELUR AYAM...