Keputusan yang tidak berapa baik untuk perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia nampak garang pada minit 1 dengan jaringan Safee Sali. Ternyata, masalah pertahanan masih lagi belum dapat diatasi. Gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain Singapore adalah hasil dari kesilapan pemain PERTAHANAN. Ditambah pula dengan Penjaga Gol yang hanya tengok bola masuk ke gawang..
Apapun, tahniah kepada MALAYSIA kerana berjaya menjaringkan 3 gol di Singapore. Kita saksikan Perlawanan di Stadium Bukit Jalil lepas ni.... PULUN MALAYSIA PULUN...
SINGAPURA – Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini malam ini.
Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.
Namun pemain Singa Singapura, Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.
Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.
Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya.
Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.
Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43, manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.
Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.
Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.
Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.
Sumber : Kosmo Online
MALAYSIA KENA PULUN DI STADIUM BUKIT JALIL..
JANGAN BAGI PELUANG KEPADA SKUAD SINGAPORE..
MAMPUKAH MALAYSIA BANGKIT ? APA PENDAPAT KORANG ?