Saturday, October 09, 2010

Kelantan jadikan sambutan Hari Suami-Isteri acara tahunan

KOTA BAHARU 9 Okt. - Kerajaan Kelantan akan menjadikan program sambutan Hari Suami-Isteri sebagai acara tahunan peringkat negeri ini bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau mahu Kelantan menjadi pelopor kepada program ke arah kesejahteraan ummah itu kepada negeri-negeri lain yang bukan sahaja melibatkan pasangan umat Islam tetapi bukan Islam.

“Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi peringkat negeri ini pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan hari berkenaan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar.

Nik Aziz berkata, program ini wajar memandangkan ia mampu merapatkan hubungan kekeluargaan demi kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan sesebuah keluarga, terutama yang baru dibina. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
SELAMAT HARI SUAMI ISTERI

PENDANG – Kes curi motosikal semakin serius


(Motor Jenis EX5 paling kerap kena curi, pakailah kunci pendua)

PENDANG – Kes kecurian motosikal di kawasan ini semakin menjadi dan terbaru dua motosikal hilang pada waktu malam.

Mangsa, Mohd Hanif Ibrahim, 20, berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya jenis Yamaha Lagenda 110 dicuri ketika dia leka melayari Internet di sebuah pusat siber kafe berhadapan Agro Bank di Pekan Pendang Selasa lalu.

Menurutnya, dia datang ke pusat berkenaan jam 10.30 malam dengan meletakkan motosikal miliknya di hadapan pusat itu dan menyedari kejadian terbabit jam 12.50 tengah malam ketika keluar dari pusat berkenaan untuk pulang ke rumah di Taman Seri Pendang.

“Ketika keluar untuk pulang saya dapati motosikal berkenaan tiada di hadapan pusat itu.

“Setelah menyedari kehilangan itu, saya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hanif berkata, dia tidak menyangka motosikal miliknya akan dicuri memandangkan ia sudah dikunci dan orang ramai sering keluar masuk ke pusat berkenaan.

“Saya sering ke kedai ini untuk melayari Internet dan banyak motosikal diletakkan di hadapan pusat itu, namun hanya motosikal saya yang hilang.

“Kehilangan motosikal ini menyebabkan saya sukar untuk melakukan kerja,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Rokiah Rejab, 52, berkata, motosikal miliknya jenis Honda EX5 dicuri ketika diletakkan di tepi rumah pada waktu malam.

Menurutnya, motosikal miliknya itu dicuri ketika dia dan keluarga sedang tidur pada Jumaat lalu.

“Motosikal itu diletakkan di tepi rumah bersama empat motosikal lain, namun hanya satu motosikal yang dicuri.

“Pada malam kejadian motosikal berkenaan dipinjam jiran untuk ke Pekan Pendang dan diletakkan di tempat meletakkan motosikal di tepi rumah. Namun, ketika bangun pagi saya mendapati motosikal itu tiada. Berikutan kejadian itu, saya bertanya kepada jiran dan dimaklumkan sudah meletakkan motosikal kembali di tempat itu setelah pulang dari pekan,” katanya.

Rokiah berkata, dia tidak menyangka motosikal itu akan dicuri kerana ia diletakkan di kawasan cerah dan agak tersorok daripada pandangan orang ramai.

“Berikutan kejadian ini polis memaklumkan akan menyiasat kes ini,” katanya. 

Sumber : Sinar Harian
 
MOTOR JENIS HONDA EX5 BANYAK YANG KENA CURI....
TERBARU, MOTOR EX5 KEPUNYAAN BOS TEMPAT KERJA BINI AKU KENA CURI....
BAYANGKAN HARI NI BELI, KEESOKKANNYA MOTOR KENA CURI..
MEMANG BAR*A LA SE PENCURI TU... HAR*M JAD*H PUNYA PENCURI..

PADA PANDANGAN AKU, HENTIKAN PENGELUARAN MOTOR JENIS HONDA EX5 NI,
SEBAB MOTOR EX5 MUDAH SANGAT KENA CURI... MENJADI KEGILAAN PADA MAT/MINAH REMPIT JALANAN... SETUJU ?

PROTON tarik Gen2, Neo : 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008

Kerosakan dikesan pada komponen 'clock spring' 15,911 unit keluaran 2004 hingga 2008







KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. 

Sumber : Berita Harian Online
INGKATKAN KELUARAN LUAR NEGARA SAJA...
MALAYSIA PUN ADA ... BAGUS JUGA KALAU TARIK SEMULA KERETA TU....
TAK DAK LA NYAWA NAK MELAYANG DISEBAB MASALAH TEKNIKAL TU..