Saturday, January 22, 2011

Wajah baru Liga Malaysia : Logo baru Liga M dilancar Rabu

 Cuba anda teka, logo mana akan terpilih ?

REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.

"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.

"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.

"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.

Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.

Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu.

Sumber : Kosmo Online

DENGAN LOGO LIGA M BERWAJAH BARU...
MAKA KAMI DARI PIHAK PENYOKONG LIGA M INGIN MELIHAT PENINGKATAN PADA SETIAP PASUKAN YANG BERTANDING UNTUK MUSIM 2011.
LAKUKAN YANG TERBAIK...

Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012


RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
SEMUA KENDERAAN WAJIB PASANG BEG UDARA.... 
KECUALI PACUAN EMPAT RODA!!
KERETA AKU PROTON ISWARA TAHUN 1997 KENA PASANG BEG UDARA JUGAK KE ?

Info Terkini!! Pulangkan segera syiling diambil di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau



SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.

 Sumber : Harian Metro Online

AGAKNYA LA.. ADA KA ORANG YANG KUTIP DUIT SYILING TU NAK PI BAGI BALIK? 
KALAU AKU, AKU BELANJA ABIH DAH.. TUKAQ DENGAN DUIT KERTAS.. 

Mohd Zaquan, 23, diijabkabulkan dengan pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis isterinya yang juga pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 26, selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang tadi.

‘Saya macam tak percaya’ Kata Mohd Zaquan Adha Abd Radzak

SEREMBAN: “Memang saya rasa amat teruja dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang, namun harus percaya semua ini ketentuan Allah kerana kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak.

Mohd Zaquan, 23, bakal diijabkabulkan dengan pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26, pada majlis akad nikah yang akan berlangsung hari ini di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, selepas solat Jumaat disusuli majlis resepsi pada malamnya di Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


Pernikahan kedua-dua pasangan sensasi itu sekali gus menamatkan desas-desus mengenai hubungan mereka sebelum ini apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.

Mohd Zaquan berkata, persiapan bagi meraikan hari bersejarah itu berjalan lancar apabila semua ahli keluarganya termasuk abang kembarnya, Mohd Aidil Zafuan turut serta dalam rombongan pengantin ke Alor Setar.


Menurutnya, pihaknya berasa amat bersyukur kerana semua ahli keluarga memberi sokongan padu untuk bersama meraikan detik bersejarah itu.


“Saya membawa barangan hantaran tujuh dulang manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang.

“Semakin dekat rasanya semakin bersemangat, namun apa yang penting mengharapkan supaya majlis ini nanti selesai dengan baik dan selamat,” katanya yang sudah merancang untuk menetap di Seremban selepas berkahwin kerana sudah membeli rumah di sini.


Sementara itu, Mohd Aidil Zafuan tidak menyangka adiknya bertemu jodoh seorang pelakon selepas dia menjadi suami kepada seorang pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar.

Menurutnya, dia menyifatkan ia adalah jodoh dan sudah menjadi ketentuan Allah di mana pihaknya hanya mengharapkan yang terbaik buat adik kembarnya dalam membina rumah tangga bahagia.


“Ini bukan soal mengikut jejak langkah selepas saya mengahwini seorang pelakon (Rita Rudaini), tetapi perkahwinan antara Mohd Zaquan dengan Ayu Raudhah adalah kerana jodoh.


“Saya akan terus memberi nasihat dan sokongan kepadanya (Mohd Zaquan) dan berharap kariernya sebagai pemain bola sepak bertambah baik selepas mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online dan Berita Harian Online

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI BLOG SYAMSYUN84