Thursday, February 11, 2010

Jurulatih Menembak Dituduh Tembak Mati Penjenayah

KUALA TERENGGANU: Seorang jurulatih menembak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menembak mati seorang penjenayah dalam semak di belakang rumahnya di Gong Badak, di sini antara jam 4 petang hingga 4.30 petang 1 Februari lalu.

Tertuduh, Zamil Ahmad Murad, 49, dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan dan tertuduh yang memakai baju lokap polis berwarna ungu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah manakala isterinya kelihatan sebak di galeri awam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Jajamuddin Ahmad Nawawi di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Sumber : Berita Harian Online


KALAU ANDA BERADA DI TEMPAT DIA, APA KORANG LAKUKAN JIKA TERSEREMPAK DENGAN PENJENAYAH ???
BUNUH PENJENAYAH ? BIARKAN PENJENAYAH ? ATAU LARI DARIPADA PENJENAYAH ?

Keputusan Liga Perdana England : 10 Februari 2010

 England - Premier League
February 10 

 FTArsenal1 - 0Liverpool

 FTAston Villa1 - 1Manchester U.

 FTWest Ham U.2 - 0Birmingham C.

 FTWolverhampton W.1 - 0Tottenham H.

 FTBlackburn R.1 - 0Hull C.

 FTEverton2 - 1Chelsea


Sumber : Livescore.com

CHELSEA KALAH LA PLAK....

Kucing Mata Satu

 
PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu. 


SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.


Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.


Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.


“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.


Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.


“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online