Monday, October 12, 2015

Kadar tol di beberapa lebuh raya naik mulai 15 Okt


SHAH ALAM - Kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia akan dinaikan mulai 15 Oktober ini.

Menurut kenyataan daripada Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol tersebut akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

"Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini, sementara Lebuh Raya Silk yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen dan RM2.40, dan kenaikan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)," petik kenyataan itu.

Selain itu, kadar tol di terowong Smart juga naik kepada RM3. Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Memetik kenyataan pihak NPE, kenaikan kadar berkenaan antara 40 sen hingga RM2.10.

Sementara pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). 

Sumber : Sinar Harian Online ( http://www.sinarharian.com.my/semasa/kadar-tol-di-beberapa-lebuh-raya-naik-mulai-15-okt-1.439529 )

To all PT3 candidates & mommies All The Best for the exam 2015









To all PT3 candidates & mommies All The  Best for the exam

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja,  apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ