Wednesday, November 03, 2010

Dua jalan utama Jitra-Alor Setar ditenggelami air

 ( Gambar sekadar hiasan )

JITRA 3 Nov. - Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas.

Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan mendapati aktiviti harian penduduk di sini lumpuh sepenuhnya, dan beberapa khemah didirikan sebagai tempat tinggal sementara mangsa banjir.

Selain itu, tinjauan di kedai runcit mendapati bekalan makanan seperti ikan kering, sardin, telur, makanan segera serta beras, laris dijual dan mungkin menghadapi kekurangan sekiranya jalan utama masih tenggelam.

M. Kalidas, 45, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2005 dan tidak menjangka kawasan kediamannya turut dinaiki air kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
BANJIR.. BANJIR.. BANJIR..

No comments: