Saturday, October 31, 2009

Man United makin parah


Hajat pintas Chelsea sukar

MANCHESTER: Peluang Manchester United untuk mengikut jejak langkah Chelsea dengan mengatasi Blackburn, hari ini dan merampas status selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris tampak tipis dengan deretan kecederaan yang menimpa mereka serta prestasi The Blues yang memuncak.

Barisan didik Alex Ferguson mungkin bergelut untuk merakamkan kemenangan di Old Trafford dengan dua tonggak pertahanan - Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand mengejar masa pulih daripada kecederaan betis dan dijangka menyertai Darren Fletcher, Gary Neville, Park Ji-sung dan Danny Welbeck duduk memanaskan bangku.

Ketika Chelsea berkunjung ke Bolton dengan ledakan 13 gol daripada tiga perlawanan termasuk membelasah Blackburn 5-0, minggu lalu - statistik ini agak menakutkan dan United dijangka sukar merampas persada liga itu walaupun menang nanti.

Apapun, Alex tetap menuntut persembahan menyeluruh daripada United ketika bertemu Blackburn buat membuktikan bahawa mereka sudah melupakan kekalahan 0-2 kepada Liverpool di Anfield.

Kemenangan selesa ke atas Barnsley dalam Piala Liga, pertengahan minggu meletakkan United layak ke suku akhir untuk membuktikan kekalahan kepada Liverpool tidak meninggalkan kesan psikologi di Old Trafford.
"Sebahagian cabaran ialah bagaimana kami bertindak balas terhadap kekecewaan. Kami kalah 1-4 kepada Liverpool di tempat sendiri musim lalu, yang mengejutkan tetapi pemain bangkit untuk kami memenangi liga," kata Ferguson. - AFP

No comments: