Saturday, January 16, 2010

Cara mudah hapuskan hutang!



Salam hormat,

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mampu mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya akan memperkenalkan satu sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah diikuti adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk juga cara menghapuskan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mempelajari pelbagai sistem, di sini saya akan memperkenalkan salah satu sistem yang terbaik kepada anda.

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut, dan pastinya matlamat anda untuk bebas daripada hutang akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.

Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu. Tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang tepi jalan. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat sakit jantung… hehehe….

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan

mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM 2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan

bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang-hutang anda seperti berikut, hutang yang sedikit diatas sekali dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang-hutang anda. Contohnya:

1) Hutang tv = RM 2,000

2) Hutang kad kredit = RM 5,000

3) Hutang kereta = RM 50,000

4) Hutang rumah = RM 100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu, contohnya tv. Dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM 2000. Sematkan di minda untuk tambahkan wang anda sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM 200!

9. Untuk mempunyai wang tambahan RM 200 bagi membayar hutang, kurangkan RM 200 daripada perbelanjaan dan simpan untuk membayar hutang.


Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM 200 ini.

Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli.

Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.

Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM 200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM 300 (RM 100+RM 200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.


Akhir sekali, jangan membuat hutang-hutang baru demi memenuhi KEMAHUAN anda.

Utamakan KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini, ia bermula HANYA daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Gunakan teknik ini, dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Kewangan Anda,




Abang Mat



PS: Selain daripada penjimatan perbelanjaan harian, anda boleh hapuskan hutang dengan lebih cepat melalui pendapatan sampingan. Oleh itu anda tidak perlu lagi risau bagaimana nak bayar hutang setiap bulan.



Bayangkan jika tiada hutang, anda boleh simpan wang di ASB, melancong dan beli apa yang anda mahu.


Sumber : Email Yahoo Group

PANDAI HUTANG, PEPANDAI LA BAYAR!!
SEMOGA ARTIKEL DI ATAS MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA ANDA
AKU PUN BELUM HABIS BAYAR HUTANG.. HeHeHe...

No comments: