Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...
Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan? ?
Sumber : Email Yahoo Group
APA PENDAPAT ANDA??? SESIAPA ADA PENGALAMAN BERCUTI DI PD, BOLEH CERITA SIKIT PENGALAMAN ANDA BERADA DI PD.....
SEMOGA KITA DAPAT MENOLONG KAWAN-KAWAN YANG INGIN KE PD SUPAYA MENJAUHI TEMPAT TERSEBUT...
1 comment:
Tiada buaya di Port Dickson
2010/01/19
SEREMBAN: Kerajaan negeri menyelar segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang suka menyebarkan berita tidak benar kononnya ada buaya di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, sedangkan tiada bukti menunjukkan reptilia itu berada di perairan berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya menafikan berita itu kerana sehingga kini belum ada individu yang nampak atau terkena gigitan buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan pantai peranginan itu.
Beliau berkata, berita yang disebarkan itu adalah palsu yang untuk kepentingan kumpulan tertentu bagi menghalang orang ramai berkunjung ke Port Dickson yang kini menjadi antara destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.
“Pakar Jabatan Perhilitan sudah mengesahkan tiada buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan perairan Port Dickson dan setakat ini belum ada laporan mengenai ada individu yang menjadi mangsa gigitan ikan besar atau buaya.
“Saya berharap orang ramai tidak bimbang dan mudah percaya mengenai berita palsu itu. Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak berdiam diri sebaliknya siasatan masih terus dijalankan bagi mengenal pasti kesahihannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai penyebaran berita termasuk melalui Internet bahawa terdapat buaya di pantai Port Dickson susulan kejadian seorang pelancong dari Alor Gajah, Melaka cedera di kaki dengan mendakwa digigit buaya atau ikan besar di perairan berkenaan, baru-baru ini.
Post a Comment