Thursday, November 11, 2010

Pencapaian Terbaik bagi tempoh 4 TAHUN : 48,327 calon UPSR peroleh semua A

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.


"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.


Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK YANG TELAH BERJAYA DALAM UPSR...
KEPADA YANG ADIK-ADIK  YANG MENDAPAT KEPUTUSAN TIDAK MEMUASKAN, 
SILA CUBA LAGI PADA UJIAN PMR..... 
BUKTIKAN ANDA BOLEH KEPADA IBUBAPA ANDA.
BELAJAR.. BELAJAR.. DAN TERUS BELAJAR...

No comments: