KOTA BAHARU: Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali.
Menurut seorang anggota keluarganya, Ramli meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organ
utamanya dijangkiti kuman.
"Arwah kini dibawa ke bilik mayat untuk urusan jenazah," katanya kepada
Bernama.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital
awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah
Allahyarham.
Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.
Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk
pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok
Keli, Tumpat.
Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari
jarak dekat.
Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan
supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra
ditingkatkan.-Bernama
Sumber : Harian Metro Online
AL-Fatihah.....
No comments:
Post a Comment