Wednesday, May 19, 2010

Keputusan Liga Super 18 Mei 2010 : Kedah Seri bertemu Perlis di Kangar

Keputusan Liga Super 18 Mei 2010


Kedudukan Terkini Liga Super 18 Mei 2010


Kedah naik 1 anak tangga dalam carta Liga Super... 
Lepas ni naik dok no 1 plak la.....


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Selangor memanfaatkan rehat pencabar terdekat, Kelantan untuk terus menjarakkan diri sebagai peneraju Liga Super apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-2, semalam.


Dua gol oleh ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-65 dan ke-73, selain masing-masing satu gol oleh Liew Kit Kong (minit kelapan) dan Safiq Rahim (m-90) pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, memastikan Merah Kuning kekal di tangga teratas dengan 41 mata.


Tuan rumah bagaimanapun merapatkan jurang gol menerusi dua gol Raimi Mohd. Nor, seminit selepas rehat dan hasil sepakan penalti pada minit ke-66.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, skuad Penyu pula merampas tempat ketiga liga daripada Johor FC, apabila menundukkan Perak 2-0, menerusi jaringan Ronny Harun dan Ashari Samsudin, minit ke-32 dan ke-34.


Dua jaringan pemain sayap kanan lincah, Shahurain Abu Samah pada minit keempat dan ke-21, membawa Negeri Sembilan bangkit menyekat hajat Johor FC untuk menghimpit Kelantan, apabila mengatasi pelawat dari selatan itu 2-1.


Gol tunggal anak buah Ramlan Rashid di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban dijaringkan oleh Mohd. Ezaidi Mohd. Khadar pada minit ke-62.


Biarpun mendahului menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-34, Perlis terpaksa akur apabila diikat 1-1 hasil jaringan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri, tujuh minit sebelum tamat perlawanan di Stadium Utama, Kangar.


Di Stadium Petaling Jaya, KL PLUS yang digembar-gemburkan dengan pertukaran jurulatih, wajar berterima kasih kepada Fadzli Saari yang menjaringkan gol tunggal untuk menundukkan T-Team 1-0.


Pahang pula memperbaiki kedudukannya hasil kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, Kuantan menerusi jaringan Shahrizan Salleh dan Fauzi Rozlan pada minit ke-41 dan ke-65.


Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online


CAYALAH.... KEDAH MENGUTIP 1 MATA...
JANGAN KALAH SUDAH LA.....

 

No comments: