Pengunjung taman rekreasi rimas gelagat kurang sopan pasangan muda
KODIANG: Taman rekreasi Gua Kerbau berhampiran Kampung Kodiang Lama Dalam, di sini, tercemar dengan gelagat pasangan muda yang memadu kasih di kawasan itu terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Mereka yang tanpa segan silu berpegangan tangan dan berpelukan hingga adakalanya disyaki melakukan perbuatan terkutuk di kawasan semak ketika bersiar-siar di kawasan itu sering kali menimbulkan rasa jengkel dikalangan penduduk berhampiran.
Kebiasaannya lokasi itu menjadi tumpuan pasangan muda bermula pada waktu petang Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum hingga lewat malam walaupun sering kali ditegur oleh pengunjung serta petugas Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di situ. Tinjauan Berita Harian mendapati, kawasan itu dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan pondok yang sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi sekeluarga namun kehadiran pasangan muda yang tidak menghiraukan tanggapan masyarakat terhadap perlakuan mereka menimbulkan rasa tidak senang pengunjung terutama yang membawa anak kecil.
Kawasan yang lebih popular sebagai tapak perkhemahan dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam itu juga dicemari dengan sampah-sarap yang tidak diurus dengan baik akibat sikap tidak bertanggungjawab pengunjung.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beliau kesal kerana kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi keluarga itu kini tercemar akibat sampah-sarap dan perbuatan buruk pasangan muda yang menjejaskan imej Gua Kerbau.
Malah katanya, beliau sendiri pernah beberapa kali terjumpa kondom di kawasan terlindung dan bersemak.
Katanya, beliau pernah dimarahi beberapa individu kerana didakwa cuba mencampuri urusan mereka walaupun niatnya hanya mahu menegur.
Saya sering menegur pasangan yang berdua-duaan di kawasan sunyi kerana bimbang mereka terlanjur, bagaimanapun belum lagi terserempak dengan mereka yang sedang melakukan perbuatan terkutuk walaupun pernah beberapa kali berjumpa kondom yang masih baru digunakan.
Bagi saya perbuatan ini tidak wajar kerana ini adalah kawasan taman rekreasi sekeluarga dan tempat tumpuan awam untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Kita harus menghormati dan tidak melakukan perbuatan sumbang di sini. Saya harap mereka sedar bahawa perbuatan mereka ini boleh menjejaskan maruah diri sendiri serta imej Gua Kerbau, katanya.
Seorang anggota Rela, Mohd Shahrul Saad, 28, berkata beliau selalu membuat rondaan pada waktu malam dan terserempak dengan pasangan kekasih tetapi tidak mampu mengambil apa-apa tindakan.
Saya hanya boleh menegur dan suruh mereka pergi dari kawasan itu. Selebihnya jika mereka enggan ikut tiada apa yang boleh saya lakukan.
Saya tidak mahu kawasan ini dapat nama buruk hanya kerana perbuatan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah orang luar dari daerah Kodiang termasuk dari negeri Perlis selain ada juga pelancong, jadi bagi saya kita perlu beri gambaran yang baik, katanya.
Sumber : Berita Harian Online
BUKAN TEMPAT NI SAJA,
BANYAK LAGI TEMPAT YANG BOLEH JADI PORT MEMADU KASIH.....
RASANYA, KENA LETAKKAN BEBERAPA ORANG PENGAWAL UNTUK MENJAGA KAWASAN SEPERTI DI GUA ATAU PUSAT REKREASI....
No comments:
Post a Comment