Wednesday, March 17, 2010

Selangor Kena Belasah Sriwijaya FC

SELANGOR mendapati jurang antara liga tempatan dan Piala AFC umpama langit dan bumi selepas dibelasah 6-1 oleh Sriwijaya FC pada perlawanan kedua kejohanan tahap kedua kelab Asia di Stadium Jaka Baring, Palembang, semalam.

Pendahulu Liga Super itu yang meraih keputusan seri tanpa jaringan membanggakan menentang wakil Vietnam, Becamex Binh Duong dimusnahkan dua jaringan bekas pemain import Sabah, Keith Gumbs (m-86, 89), Arif Suyono (m-38, 69), Krangar Zah (m-39) dan Rachmat Maruf Rivai (m-58).

Penyerang Safee Sali menjelmakan harapan seketika untuk Selangor membawa pulang mata apabila meledakkan jaringan pembukaan minit ke-16, namun penyingkiran kapten, Mohd Amri Yahyah minit ke-47 menutup segala peluang buat pelawat selepas ketinggalan dua gol sebelum rehat. Perlawanan seterusnya Selangor adalah menentang Victory SC dari Maldives pada 24 Mac ini.

Sumber : Berita Harian Online

SELANGOR KENA BELASAH ??

No comments: