Sunday, February 21, 2010

Tip Penjagaan Tayar Kenderaan

 ( Gambar sekadar hiasan )

RAMAI bersetuju bahawa kehebatan kenderaan boleh diukur dari segi kuasa enjin, kemewahan melalui pemilihan sofa kulit dan kenikmatan pemanduan diiringi sistem audio canggih.


Ini menyebabkan mereka yang berduit tidak peduli wang bertukar tangan bagi memenuhi kepuasan hati menjadikan kenderaan masing-masing terbaik.

Bagaimanapun, masih ramai pemilik kenderaan kurang memberi perhatian terhadap tayar, bahagian paling bawah tetapi penting kerana membolehkan kenderaan meluncur laju di jalan raya.

Tayar yang tidak diselenggara dengan baik bukan saja memendekkan hayat tayar, tetapi lebih merbahaya ialah risiko yang ditanggung pemandu dan penumpang apabila menaiki kenderaan yang tahap keselamatan rendah.

Sehubungan itu, pengetahuan penjagaan tayar penting demi keselamatan dan nilai wang yang dibayar. Majoriti pakar penjagaan kenderaan bersetuju bahawa pemilik kenderaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek di bawah:

PUSINGAN TAYAR

Kepelbagaian sistem gantungan kenderaan dan corak tayar menyebabkan tidak ada pendekatan khusus disarankan kepada pemilik kenderaan mengenai penggunaannya.

Jika sanggup mengotorkan tangan dan mempunyai peralatan lengkap, kita boleh menukar tayar secara pusingan untuk memanjangkan hayat tayar.

Jika tidak, apabila kita membawa kenderaan ke kedai tayar untuk membuat penjajaran dan pengeimbangan tayar, minta saja kakitangan kedai untuk membuat pusingan berkenaan kerana kadang-kadang mereka hanya melakukan apabila diminta.

Apabila melakukan putaran tayar, pastikan setiap tayar termasuk tayar simpanan diperiksa semula, termasuk tekanan angin.

TEKANAN ANGIN

Tekanan angin yang betul adalah antara faktor memanjangkan hayat penggunaan tayar serta meningkatkan tahap keselamatan kenderaan. Kita boleh merasai sendiri ketidakselesaan memandu jika tekanan angin tayar kurang atau terlebih.

Memeriksa tekanan angin disarankan dilakukan selepas tayar sejuk kerana tekanan angin meningkat apabila tayar panas, terutama selepas melakukan perjalanan jauh.

Lebih baik jika membeli sendiri pengukur tekanan angin kerana kita tidak lagi memerlukan bantuan pekerja kedai tayar untuk mengetahui keadaan tekanan angin tayar kenderaan kita. Lagipun, alat ini tidak mahal.

PEMERIKSAAN TAYAR

Jangan segan selalu memeriksa tayar dengan melihat sebarang objek tajam seperti paku yang boleh merosakkan tayar dan menyebabkan angin keluar tanpa disedari hingga kempis.

Melakukan pemeriksaan secara berjadual mempastikan pemilik kenderaan mendapat faedah sampingan dan menyelamatkan sistem geometri stering kereta.

Sumber : Email Yahoo Group

SENTIASALAH MENJAGA TAYAR KENDERAAN ANDA....

No comments: