Sunday, February 21, 2010

Selangor, Kedah Ke Suku Akhir Kelantan Gigit Jari

 PENYERANG Selangor, Mohd Safee Sali (kanan) berebut bola dengan
pemain PKNS, Mohd Fadhil Hashim (tengah) dalam perlawanan pusingan
kedua Piala FA di Stadium MBPJ, malam tadi.

FINALIS musim lalu, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah yang mara ke suku akhir selepas seri 1-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua pusingan dua Piala FA, semalam.

Selepas perlawanan pertama berakhir seri tanpa jaringan di Alor Setar, Selasa lalu, perkara yang dibimbangi Kelantan menjadi kenyataan apabila jaringan penyamaan Badrol Bakhtiar pada minit ke-74 menafikan kelebihan gol pendahuluan Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran silang S Chanturu pada minit ke-71.

Menyedari keputusan seri tidak mencukupi, Kelantan terus mengasak mencari gol penyamaan, namun hasrat mereka tidak kesampaian, dengan The Red Warriors tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.

Juara musim lalu, Selangor pula dipaksa melalui detik sukar sebelum menempah tiket ke suku akhir dengan kemaraan agregat 2-1 walaupun kecundang 1-0 kepada PKNS.

Mohd Alafi Mahmud menyalakan harapan buat barisan Liga Perdana itu menerusi rembatannya yang terbias pertahanan Selangor pada minit ke-57, namun ia masih tidak mencukupi untuk memastikan kemaraan mereka.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mara dengan agregat 8-2 selepas menewaskan Polis 5-0 malam tadi.

Gol pertama Negeri Sembilan hadir pada minit kesembilan menerusi Zaquan Adha Abd Radzak yang merembat masuk dari jarak dekat disusuli tandukan Shahurain Abu Samah (m-27), Rezal Zambery Yahya (m-45), Mohd Firdaus Azizul (m-55), Mohd Asyraf Al Jafri (m-71).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia memerlukan gol lewat pada minit ke-90 untuk menyingkirkan giant-killer Felda United dengan agregat 3-2 selepas kejayaan 2-1 semalam mengiringi keputusan seri 1-1 tempoh hari. 

Sumber : Berita Harian Online
KEDAH LAYAK JUGA AKHIRNYA.... PULUN KEDAH PULUN...

No comments: