Sunday, January 03, 2010

Langkah Atasi Diabetes, Obesiti Disokong

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi berdasarkan peningkatan pesakit diabetes, jantung serta mereka yang bermasalah obesiti di Malaysia.

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata selain menaikkan harga gula, kerajaan seharusnya juga menimbangkan untuk meningkatkan cukai rangkaian makanan segera di negara ini.

“Kenaikan harga 20 sen itu terlalu kecil. Harga gula untuk pihak industri sepatutnya lebih tinggi. Jika kenaikan itu menyebabkan peningkatan sesetengah harga makanan, kita masih memiliki banyak lagi makanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ismail berkata, kerajaan menanggung beban berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi memberi subsidi gula sedangkan pada masa sama jumlah pesakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti kian meningkat.

Keadaan itu mudah difahami kerana harga gula dan makanan segera di Malaysia amat murah berbanding negara lain.

“Ancaman kesihatan ini tidak akan berakhir selagi Malaysia tidak punya strategi kesihatan yang berkesan,” katanya.
Jelas Ismail, meningkatkan harga gula bermaksud kerajaan dapat berjimat dalam pemberian subsidi. Jumlah itu boleh disalurkan kepada fakir miskin.

“Memang kenaikan harga gula menyebabkan penduduk miskin sukar mendapatkan bekalan. Bagaimanapun dengan pemberian subsidi khas untuk mereka ia boleh diatasi,” katanya.

Statistik pada 2009, menunjukkan 17 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes manakala data pada 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

Sumber : Berita Harian Online

KALAU DARI DULU NAIKKAN HARGA... SAMA JA KAN...
DIBANTAH JUGA.. SEBAB HARGA MAHAL.....
APA PENDAPAT ANDA ????
KALAU SESIAPA ADA PENYAKIT KENCING MANIS.....
EMAIL KEPADA SAYA syamsyun@yahoo.com UNTUK DAPATKAN PENAWARNYA.....
INSYAALLAH.....

No comments: