Man City | 2 - 1 | Chelsea |
LONDON 6 Dis. - Manchester City menamatkan badi tujuh kali seri dalam Liga Perdana England apabila bermain cemerlang untuk menewaskan pendahulu liga Chelsea 2-1 pada perlawanan penuh aksi di hadapan jumlah penonton luar biasa di Eastland, awal pagi ini.
Chelsea mendahului melalui gol sendiri oleh Emmanuel Adebayor tetapi pemain Togo itu berjaya menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama.
Carlos Tevez meletakkan City di hdapan melalui sepakan percuma pada minit ke 56 dan Shay Given berjaya menyelamatkan penalti oleh Frank Lampard lapan minit sebelum tamat permainan.
Ini adalah kekalahan ketiga Chelsea musim ini mengurangkan lagi jurang perbezaan mata dengan Manchester United kepada dua mata selepas saingannya itu menang 4-0 ke atas West Ham United.
Keputusan lain :-
Portsmouth | 2 - 0 | Burnley | |||
Arsenal | 2 - 0 | Stoke City | |||
Aston Villa | 3 - 0 | Hull City | |||
Blackburn | 0 - 0 | Liverpool | |||
West Ham | 0 - 4 | Man Utd | |||
Wigan | 2 - 3 | Birmingham | |||
Wolves | 2 - 1 | Bolton | |||
Sumber : Utusan Malaysia Online & Premierleague.com
CHELSEA KALAH PULAK..
No comments:
Post a Comment