( BEBERAPA anggota bomba Rusia menyusun mayat yang ditemui akibat letupan bunga api di sebuah kelab malam di Ural, Rusia kelmarin.)
Letupan berlaku tiba-tiba selepas satu pertunjukan bunga api di dalam kelab itu gagal berfungsi dengan baik menyebabkan kebakaran besar kira-kira pukul 11.15 malam kelmarin.
Mayat bergelimpangan di jalan raya selepas letupan di pusat hiburan itu yang menjadi lokasi sambutan ulang tahun kelapan penubuhan kelab Lame Horse yang dihadiri 200 pengunjung.
Kebanyakan maut akibat terhidu asap tebal dan melecur teruk dan beberapa mangsa lagi terbunuh kerana dipijak ketika mereka bersesak-sesak untuk keluar menyelamatkan diri.
Beberapa penyiasat di bandar raya keenam terbesar di Rusia itu dan 1,400 kilometer dari Moscow berkata, mereka yakin kejadian disebabkan oleh satu letupan bunga api.
"Kami mendapati ia bukan serangan pengganas tetapi percaya ia berlaku kerana kegagalan pihak kelab untuk mematuhi peraturan kebakaran," kata jurucakap pejabat pendakwa raya. - Agensi
Sumber : Kosmo Online
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG SELALU P KELAB MALAM, INSAFLAH SEBELUM ANDA TERLAMBAT... MUNGKIN KEJADIAN INI DI LUAR NEGARA KITA....
MANA TAHU SUATU HARI NANTI, BERLAKU DI DALAM NEGARA KITA PULAK.....
No comments:
Post a Comment