Friday, June 25, 2010

Artis : Anne Ngasri SAH Bercerai Talak Tiga

Anne Ngasri sah bercerai talak tiga
25/06/2010 12:11pm


 
KUALA LUMPUR 25 Jun - Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Pasangan tersebut disahkan rujuk semula dalam tempoh terdekat selepas berlakunya talak pertama dan kedua.

Namun bagi talak ketiga, tiada rujuk berlaku. - Utusan


Sumber : Utusan Malaysia Online

 
BERSABARLAH..... MULAKAN HIDUP BARU... 
DAN BERGEMBIRALAH DI SAMPING ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA..

 

Thursday, June 24, 2010

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010



Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 Jun 2010, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di perkarangan tangga Planetarium Negara. 
Masuk adalah percuma.

Bagi 300 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..


Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 

 Sumber : angkasa.gov.my

JOM KITA TENGOK BERRAMAI-RAMAI GERHANA BULAN

 

Jawatan Kosong : Pemandu Lori Sekitar Kajang dan Bangi

Pemandu lori dikehendaki disekitar bangi/kajang.

Kriteria diperlukan:

Sihat tubuh badan,boleh bekerja tak kira masa.

Berminat sila hubungi
MAN : 0173558984


Kemasukan segera.... 

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

 

Monday, June 21, 2010

Remaja Perempuan Sekarang Hisap Gam, Berkhayal, Bercumbu..

 GELAGAT dua remaja wanita yang tidak segan silu menghidu gam sambil berjalan di tempat awam di Taman Melaka Raya 1.


MELAKA: Sebahagian remaja bawah umur yang suka berpeleseran di sekitar Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, di sini, dipercayai turut terbabit dalam kegiatan menghidu gam sehingga membimbangkan pelbagai pihak terutama peniaga di kawasan berkenaan.

Selain menghidu gam, ada di antara mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berpelukan dan mengganggu ketenteraman awam serta duduk berkumpul di tembok laluan pejalan kaki dengan membuat bising.

Tinjauan Berita Harian baru-baru ini, mendapati dua gadis remaja khayal menghidu gam tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka, malah kehadiran jurugambar Berita Harian di situ juga tidak diendahkan.

Akibat terlalu khayal, dua gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu juga merepek dan membebel tidak tentu arah sehingga masing-masing mengadu kesal terhadap keluarga masing-masing.

Remaja terbabit dikatakan menjadikan gam sebagai alternatif kepada dadah, sebagai alat untuk membuatkan diri mereka asyik dan khayal serta melupakan masalah dihadapi.

Mereka dipercayai membeli gam basikal pada harga RM5 setin di beberapa kedai basikal berhampiran, sebelum memasukkannya ke dalam plastik dan kemudian menghidunya.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 19, berkata dia sering terserempak dengan 'komuniti' penghidu gam itu terutama pada setiap hujung minggu.
Beliau berkata, 'geng lalok' terbabit di kalangan sekumpulan remaja nakal dipercayai dari kawasan berhampiran, menjadikan setiap Sabtu dan Ahad sebagai waktu untuk berkumpul menghidu gam beramai-ramai di laluan kaki lima kedai di Jalan Melaka Raya 1 sebagai 'port' melakukan kegiatan itu.

"Apa yang mengejutkan, kumpulan remaja ini bukan saja lelaki, malah disertai remaja perempuan yang turut menjadi kaki hidu gam.

"Mereka juga dilihat bercumbuan dan berpelukan di kawasan yang dilalui orang ramai tanpa malu, selain sanggup membuang air kecil di tepi premis," katanya ketika ditemui.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 36, berkata lokasi sekitar kawasan itu adalah antara lokasi 'panas' remaja menghidu gam.

Katanya, beberapa lorong dan kaki lima di kawasan premis itu dijadikan lokasi golongan terbabit melepaskan gian tanpa silu atau takut orang ramai memerhati gelagat mereka.

"Remaja yang dipercayai masih bersekolah ini akan berkumpul di sini, kira-kira jam 2 petang hingga malam setiap Sabtu dan Ahad.

"Selain menghidu gam, mereka juga mengganggu orang ramai termasuk pengunjung yang melalui kawasan mereka. Jika wanita atau warga asing lalu di kawasan itu, mereka meminta wang dan jika lelaki pula, mereka minta rokok," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

REMAJA PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG LEBIH BERANI....
DI MANA IBU BAPA MEREKA ? BAGAIMANA KEHIDUPAN KELUARGA MEREKA ?
BAGAIMANA NAK MEMBENDUNG PERKARA INI ? 
SALAH POLIS TAK TANGKAP MEREKA ?
SALAH IBUBAPA TAK AMBIL TAHU PASAL ANAK MEREKA ?
SALAH MASYARAKAT KERANA BIARKAN MEREKA BUAT BENDA YANG SALAH ?

Siti Nurhaliza Antara Pembida Plat KCT 1



ALOR SETAR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan di negeri ini, KCT 1 yang diumumkan Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, tengah hari ini.

Penyanyi itu dikatakan berminat memiliki nombor pendaftaran itu kerana mempunyai gabungan nama beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.


Siti Nurhaliza dikatakan sanggup membayar jumlah bidaan ditawarkan asalkan dapat memiliki nombor berkenaan.


Sebelum ini, penyanyi berkenaan mempunyai tiga kereta iaitu Nissan X-Trail 2.0L, Proton Waja dan Kia Optima sebagai ganjaran memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).


Harian Metro difahamkan, nombor pendaftaran itu seolah-olah pisang goreng panas sebaik tempahan nombor diumumkan JPJ walaupun harga minimum tempahan nombor berkenaan bermula dari RM10,000.


Menurut sumber, bidaan bagi nombor berkenaan sudah dibuat minggu lalu, bagaimanapun mereka yang terpilih mendapatkan nombor KCT 1 diumumkan tengah hari ini. Katanya, golongan paling ramai dan cepat membeli nombor berkenaan ialah ahli perniagaan dan syarikat korporat termasuk artis, malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari disyaratkan.


“Kami banyak menerima permohonan bagi nombor berkenaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bidaan paling tinggi.


“Buat masa ini, kami tidak tahu siapakah pemilik sebenar nombor pendaftaran itu hingga keputusan rasmi dibuat tengah hari ini,” katanya.


Difahamkan, penggemar nombor emas itu sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor idaman berkenaan. 

Sumber : Harian Metro Online
SIAPA LAGI NAK BIDA NO PLAT ??? SILA SILA ...
AKU NAK TUNGGU PLAT KDH 1205 PLAK...

Ikan Pelik

PELIK...sembilang berkepala besar memiliki hidung.


PORT DICKSON: Dua lelaki bersaudara yang memancing ikan pada waktu malam di Pantai Batu 12, Telok Kemang, dekat sini, terkejut apabila seorang daripada mereka berjaya mendapat seekor ikan sembilang berwajah pelik, malam Rabu lalu.

Lebih mengejutkan lagi, ikan sembilang yang berukuran 35 sentimeter panjang itu yang dipancing Ali Mohamad, 37, mirip wajah seekor burung hantu dengan memiliki sepasang mata menghala ke hadapan dan bentuk hidungnya mirip hidung manusia.

Sebelum itu, Ali bersama sepupunya Ibrahim Jalil, 42, yang menetap di Kampung Tanjung Agas, dekat sini, merancang memancing pada sebelah pagi namun berubah fikiran dan mengambil keputusan memancing pada sebelah malam.

Ali berkata, kira-kira jam 8 malam hari kejadian, mereka berdua pergi ke lokasi biasa untuk memancing, tetapi tersilap jangkaan kerana air baru hendak pasang penuh ketika itu dan terpaksa menunggu seketika.

“Biasanya kami pancing di lubuk yang sudah biasa kami pergi, tapi hari itu kami terpaksa mencari tempat lain yang berdekatan kerana tempat itu sudah diambil oleh pemancing lain. Kami tiada pilihan dan beredar di sebelah hujung sedikit.

“Ketika itu ikan galak menyambar umpan dan saya mendapat beberapa ekor ikan termasuk gelama, senangin dan ikan kerapu sebesar tapak tangan. Ketika hendak balik, pancing saya seperti disentap-sentap dengan kuat.

“Saya biarkan seketika sebelum menggulung tali perlahan-lahan, tetapi sentapan ikan itu semakin kuat dan menguatkan adaian saya.

“Selepas beberapa minit bertarung saya berjaya mendaratkan ikan dan selepas diperiksa didapati ia seekor ikan sembilang,” katanya.

Ali berkata, ketika hendak membuka mata kail pada mulut ikan sembilang dia terkejut melihat ia memiliki kepala yang besar dan selepas diukur panjangnya hampir 35 sm.

Sumber : Harian Metro Online
PELIK TAPI BENAR... ITU SEMUA KUASA ALLAH.....


Suami Tangkap Isteri Khalwat Pada Hari Bapa

 PEGAWAI penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson semalam.

SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.

Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun. 

Sumber : Kosmo Online

KESIAN KAT SUAMI DIA ...  BUAT MALU JA.......
APA YANG SI ISTERI NAK SEBENARNYA ???
SEHINGGAKAN SANGGUP TIDUR DENGAN LELAKI LAIN ??

Thursday, June 17, 2010

8 Petua Melayu Lama Untuk Anak Dara

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak

Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Sumber : Email Yahoo Group
PAKAI LA PETUA ORANG MELAYU LAMA NI...