Berhati-hati Jika Terima Panggilan Ahli Keluarga Ditangkap Kerana Dadah
Kuala Lumpur - Polis memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati sekiranya mendapat panggilan yang mendakwa ahli keluarga ditangkap kerana terlibat dalam masalah dadah kerana ia mungkin satu penipuan.
Panggilan itu dipercayai dibuat oleh sebuah kumpulan yang menyamar sebagai polis yang kemudiannya akan meminta mangsa membayar sejumlah duit untuk melepaskan ahli keluarga yang konon-kononnya berada di bawah tahanan.
Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata apabila berhadapan dengan situasi(menerima panggilan) seperti itu, mangsa dinasihat mendapatkan pengesahan daripada polis dengan melawat balai polis berhampiran.
"Jangan panik, cuba hubungi ahli keluarga tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya", nasihatnya lagi.
Menurut Yahaya lagi, kumpulan itu membuat panggilan melalui internet kepada mangsa dan menggunakan perisian komputer dan gajet khas untuk membuat penipuan itu.
Sejak Januari lalu, enam kes yang sama dilaporkan kepada polis dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 48,000.
Sumber : Email Yahoo Online
No comments:
Post a Comment