Mangsa tebuan peluk ibu malam sebelum tragedi
BAGAN DATOH: “Malam sebelum kejadian, arwah tiba-tiba datang ke bilik saya dan terus memeluk sekuat-kuat hati. Namun, saya tak mengesyaki apa-apa. Saya lihat arwah seperti biasa saja”.
Begitu cerita ibu mangsa sengatan tebuan kunyit, Noraini Sanijo, ketika diminta mengulas mengenai kejadian malang yang menimpa anaknya, Ashraff Nabit Abdullah, 7, yang meninggal dunia kelmarin, sehari selepas tragedi yang berlaku di rumahnya di Kampung Parit Che Meja, Sungai Tengah, Selekoh, di sini malam Selasa lalu.
“Bagi saya kejadian yang menimpa arwah adalah sesuatu yang sukar diterima kami sekeluarga.
“Walau apa pun, kami reda di atas pemergiannya dan menganggap ini sebagai takdir,” katanya yang menyifatkan anaknya sebagai seorang periang dan suka makan nasi lemak.
Ashraff Nabit, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Kecemasan Hospital Teluk Intan (HTI) kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Mangsa kemudian dibawa ke HTI selepas keluarganya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila lebam di muka kanak-kanak itu tidak berkurangan selain demam panas walaupun sudah menerima rawatan di Klinik Sungai Batang dekat sini, selepas kejadian berkenaan.
Sumber : Berita Harian Online
KEPADA KANAK-KANAK,
JAUHI DARI SARANG TEBUAN.. JANGAN BERMAIN DENGAN TEBUAN...
SEEKOR TEBUAN SENGAT KITA, BOLEH MEMBAWA PADAH.. INGAT!!
No comments:
Post a Comment