Tuesday, November 02, 2010

Ameng dipenjara dua bulan, denda RM4,000

KUALA LUMPUR - Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wam Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.


Majistret Zaki Asyraf Zubir membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Zaki Asyraf turut memerintahkan Ameng, 42, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain pengawasan dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.

"Mahkamah telah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan,” katanya.

Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan pada hari ini juga dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan menjadi RM5,500 dengan seorang penjamin. - Bernama

Sumber : Kosmo Online
DENDA RM4000 atau PENJARA 4 BULAN ?

No comments: