Monday, October 11, 2010

12 maut, lebih 40 cedera nahas bas ekpress di Melaka

 MAUT: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 12 nyawa dan lebih 40 cedera.

 
Ini Video Amatur dari rakan Facebook.
Link Video Kemalangan : 


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

LAMA MENYEPI, JADI PLAK DAH KEMALANGAN BAS EKPRESS
KALI NI 2 BUAH KENDERAAN BAS EKPRESS, 1 VAN DAN KERETA...
ADAKAH PEMANDU BAS KENDERAAN MEMANDU TERLALU LAJU ?

No comments: