Thursday, September 30, 2010

Tarif air di Kedah naik 24 hingga 44 peratus


ALOR SETAR: Tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai esok bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) Datuk Adzmi Din berkata tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat.

"Semakan dan pelarasan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dari semasa ke semasa," katanya dalam laman web Warta Kedah semalam.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata ini adalah ekoran peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan bilangan pengguna, penggunaan air dan kenaikan harga bahan kimia.

"Faktor lain yang menyebabkan pengurusan bekalan air meningkat adalah kerana kenaikan tarif bekalan elektrik. Justeru Sada tidak dapat mengelak daripada melakukan semakan dan pelarasan tarif baru dan Kedah bukan bersendirian melakukan pelarasan ini," katanya seperti dilapur

-Bernama.

Sumber : Free Malaysia Today
NAIK PULAK TARIF AIR NI.. ERM, APA PENDAPAT KORANG WAHAI ORANG KEDAH

No comments: