Informasi Menarik Yang Diambil Dari Berbagai Email, Group, Laman Berita Online Dan Website. Info-Info Menarik Seperti Sukan, Makanan, Minuman, Pelancongan, Iklan Biz Internet, Madah Cinta, Lirik Lagu, Yang Lucu, Aneh, Unik Dan Berbagai Macam Lagi Baik Lokal Maupun Dari Mana-Mana Negara Ada Di Sini. Semua Dirangkumkan Menjadi Dalam Situs Blogger http://syamsyun84.blogspot.com
Thursday, July 29, 2010
Panduan cara beli buah durian yang baik
Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.
Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada orang tua-tua.
*
Tengok luaran atau kulit durian
Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.
Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, `Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.
*
Tengok duri buah durian
Kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja. Macam iklan DIGI tu..
* Cuba rasa berat buah durian
Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.
* Cuba cium bau buah durian
Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu
* Tengok tangkai buah durian
Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.
Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.
* Kupas dan rasa isi buah sebelum beli
Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.
Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.
Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey, kata kita dah bayar mahal-mahal, tapi isi macam `cibai'. Oppss termencarut skit. huhu
Jangan tertipu dengan tokey
Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.
Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?
Sekian, selamat makan durian. ;)
Sumber : Email Yahoo Group
SEBELUM BELI BUAH DURIAN, CUBA GUNAKAN PANDUAN INI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment