Keputusan Liga Super 15 Mei 2010
Kedudukan Pasukan dalam Liga Super 2010
KUALA LUMPUR - Selangor mempertahankan kedudukan tangga teratas Liga Super apabila membenam Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Shah Alam, semalam.
Sebaliknya keputusan itu menambah derita skuad bimbingan Wan Jamak Hassan, yang mencatat kekalahan ketujuh selepas 15 perlawanan, walaupun memiliki status juara Piala FA musim ini.
Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad bimbingan K. Devan terus menerajui liga dengan 38 mata.
Namun, Kelantan terus mengekori Selangor apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan jiran pantai Timur, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Skuad B. Sathianathan cuma tiga mata di belakang Selangor, apabila mengatasi pelawat hasil jaringan gol sendiri ketua pasukan T-Team, Marzuki Yusof (m-28), disusuli jaringan Indera Putra Mahayuddin (m-32) dan penalti Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-35.
Kekalahan Terengganu itu membolehkan Johor FC naik ke tangga ketiga, apabila menang 2-1 ke atas Perlis di Stadium J-Corp, Pasir Gudang.
Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah cemas sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor.
Pasukan tercorot, Pulau Pinang pula terus buntu dalam memperbaiki kedudukan apabila tunduk 0-4 kepada KL PLUS di Stadium Batu Kawan.
T-Team pula terus bertahan di tangga kelima liga, selepas menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, hasil jaringan Shahrul Ezrin Shahsuddin pada minit ke-33.
Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online
JANJI KEDAH MENANG...... PULUN KEDAH PULUN...
No comments:
Post a Comment