Panduan ini adalah untuk kebaikan semua. Jadi, jangan sia-siakannya.
1.Pastikan anda membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika anda tidak membawa kad pengenalan kerana jika anda ditembak mati, sukar untuk polis mengenalpasti identiti anda.Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga anda lamabt mengetahui, bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah anda. Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian anda
2.Jangan bawa kad pengenalan palsu
– ini lagi satu masalah. Jika anda gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tidor di rumah semasa anda ditangkap/tembak mati.3.Buka topi keledar
– Tahukah anda, setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika anda tiba-tiba memasuki bank/kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak, macamana nak tau yang anda adalah yang merompak itu. Ini mengurangkan glamor anda kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit anda untuk disiarkan oleh media.4.Ragut cara berhemah
– jika anda terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko anda terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orangramai menangkap anda. Jadi, jika anda rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu, lupakan sajalah hasrat anda itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk anda ragut.5.Jangan pakai sarung tangan
– tahukah anda, sarung tangan yang anda pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril .Kemungkinan jari-jari anda mendapat gatal-gatal adalah tinggi. Lagipun, anda membazir duit membeli sarung tangan itu. Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat anda yang dah ditembak itu.Suri rumah juga ada yang menggunakan sarungtangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.
6.Pastikan memandu secara berhemah
– Ketika anda melarikan diri dari polis, pandulah dengan cermat. Anda akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah anda ditahan kerana merompak, nanti kesalahan anda akan bertambah-tambah – pandu laju, cuai, tiada lesen memandu, lesen memandu palsu, lesen tamat tempoh, lesen palsu, cukai jalan palsu, cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai talipinggang keledar. Jadi, pandulah berhemah, kerana jika anda ditangkappun, anda dah dapat menyelamatkan diri anda dari berbagai kesalahan lain.7.Jangan gopoh
– anda seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika anda dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, anda lari sajalah. Sekurang-kurang anda dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana anda nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.8.Test power anda
– untuk menjadi pro, anka kena banyak latihan. Setakat anda berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, anda bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Anda cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.9.Jangan malu-malu
– Jika anda ditangkap, anda adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar anda semasa anda dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macamtu. Menteripun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balairaya kampung anda 15 tahun lalu. Berbanggalah.10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
- Perancangan anda untuk merompak mungkin amat canggih. Dan anda berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah anda, semua itu dah boleh buatkan anda senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang anda bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang anda pandu nanti. Kad pengenalan pun, anda tinggalkan kerana nanti anda boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, anda angkut semua kecuali barangan yang anda bawak sebelumnya.11. Sepakat Membawa Berkat
-Jika anda berkumpulan, pastikan setiap anggota anda membawa sekeping kad. kad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik.Tujuannya,adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika anda yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan anda menunggu di dalam kereta, kemudian anda ditembak mati. maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan anda yang melarikan diri untuk membantu siasatan.
Jika anda terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan anda yang melarikan diri itu, dan akhirnya, anda sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat…
Tips Tambahan
12. Jangan Buat Malu
Ramai di kalangan anda berangan nak main salji, membuatkan sampai pergi merompakpun guna ’ski-mask’. Semua ni jadi bahan ketawa orangramai. Mungkin ada yang perasan mungkin nampak macam UTK (Unit Tindakan Khas) polis.Ada juga yang guna lapik tudung anak perempauan anda atau isteri semata-mata untuk menutup muka, hanya nampak mata anda sahaja. Kalau anda lemas, siapa yang susah? Betul-betul buat malu.Adalah lebih baik anda guna goggle, macam orang menyelam tu. Lebih nampak bergaya. Jika anda tak tahu macamana goggle tu, sila lawat http://www.google. com/ , cari kat google images.
Sumber : Email Yahoo Group
SIAPA NAK JADI PENJENAYAH, GUNAKAHLAH PETUA SEPERTI DI ATAS...
No comments:
Post a Comment