Sunday, March 07, 2010

Liga Super : Selangor 4 - 0 Kedah

 
PEMAIN Selangor, Safee Sali (kiri) diasak pemain Kedah, 
Mohd Sabrie Mat Abu, di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Terengganu kekal kedua menang di tempat sendiri.

SELANGOR terus unggul di gelanggang sendiri apabila mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Shah Alam dengan membaham bekas juara, Kedah 4-0 buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super, malam tadi.

Safee Sali membuka jaringan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti minit ke-17 untuk gol ketujuhnya musim ini disusuli Amirulhadi Zainal Noordin yang bertukar hantaran dengan Hardi Jaafar pada minit ke-39. Kapten, Mohd Amri Yahyah melebarkan jurang minit ke-60 dengan sepakan separa voli sebelum Amirulhadi melengkapkan pesta gol minit ke-76.

Terengganu kekal di tangga kedua apabila menang 1-0 ke atas KL Plus di tempat lawan dengan Johor FC memintas Kedah di tangga ketiga selepas meraih kejayaan 2-1 ke atas Pahang di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Penantian tuan rumah terlerai minit ke-62 berpunca daripada sepakan leret Sumardi Halajan menyaksikan Mohd Irme Mat yang tidak dikawal sekadar menolak bola masuk menewaskan penjaga gol, Mohd Rosfaizul.

Tuan rumah terus menambah duka Pahang minit ke-66 berpunca bola sepakan lambung Mohd Nurul Azwan Roya ditanduk kemas Wan Rohaimi Ismail manakala pelawat merapatkan jurang gol minit ke-76 menerusi jaringan R Karthigesu.

l Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kelantan bangkit daripada kecewa tersingkir daripada Piala FA apabila menang 1-0 ke atas T-Team menerusi jaringan Azizi Matt Rose yang mudah menolak masuk bola muntah penjaga gol, Syamsuri Mustaffa minit ke-73.

l Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan meraih kemenangan 3-2 ke atas Perlis manakala di Stadium Batu Kawan, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan gol pendahuluan pelawat, Mohd Saaufi Saaidi minit ke-62 disamakan penalti pelawat, S Veenod enam minit sebelum tamat. 

Sumber : Berita Harian Online
BARU KENA 4-0, BUKAN 6-0..... TENGOK LER PEMAIN SELANGOR ... RAMAI STAR.....
KEDAH PULAK RAMAI PEMAIN UTAMA MENGALAMI KECEDERAAN....

No comments: