Thursday, March 18, 2010

Lelaki Paling Kerdil Meninggal Dunia

LONDON - Lelaki paling kerdil di dunia, He Pingping dengan ketinggian 75 sentimeter meninggal dunia ketika berusia 21 tahun, kata Guinness World Records (GWR), kelmarin.

Pingping mengadu sakit dada ketika memenuhi jemputan rancangan televisyen di Rom, Itali.

Dia kemudian dibawa ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hujung minggu lalu.

Ketua Pengarang GWR, Craig Glenday berkongsi pengalaman ketika mengukur ketinggian Pingping di Inner Mongolia, utara China pada 2008.

"Sebagai seorang lelaki kerdil dia memberi kesan yang besar kepada seluruh dunia," kata Glenday.

"Ketika saya menatap matanya saya sedar bahawa dia adalah insan istimewa. Dia memiliki senyuman berani dan personaliti nakal. Anda akan tertarik dengannya," katanya.

Khagendra Thapa Magar, 18, dari Nepal, dengan ketinggian 51 sentimeter disebut sebagai pengganti Pingping. 

Sumber : Kedahlanie.Blogspot.com

INFO DUNIA TERKINI...

No comments: