BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL ... Beginilah keadaan sebuah kereta jenis Kia Picanto yang dipandu seorang wanita selepas terjunam dalam sebuah lubang sedalam semeter akibat paip bocor di Jalan Abdullah, Indera Mahkota, Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. Wanita berusia 30-an hanya cedera ringan selepas sempat diselamatkan oleh orang ramai. Seorang saksi, Mohd Amin Mat Razali, 29, berkata kereta mangsa dipercayai dipandu laju dan memasuki limpahan air di atas jalan akibat paip bawah tanah yang bocor sebelum terbabas ke dalam sebuah lubang di kiri jalan. - Foto Bernama
Sumber : Berita Harian Online
DEKAT MALAYSIA TAU.. BUKAN NEGARA LAIN!!
No comments:
Post a Comment