MELAKA - "Kakak Zarena dan Mohd. Shahrizan tercampak keluar dari kereta manakala abang ipar dan Shahzuan terperangkap dalam kereta yang keempat-empat tayarnya ke atas."
Demikian cerita Zaili Ramli, 32, adik kepada Zarena, 43, yang menyaksikan kemalangan yang meragut nyawa suami Zarena, Sabtu Che Mek, 46, serta dua anak mereka, Mohd. Shahrizan, 16, dan Shahzuan, 13, di Kilometer 35.6, Jalan Kluang, Ayer Hitam, Johor malam kelmarin.
Dalam kemalangan itu, Zarena cedera parah.
Menurut Zaili, ketika kejadian pada pukul 8 malam, kakak, abang ipar serta dua anak mereka dalam perjalanan memindahkan barang-barang rumah dari Melaka ke Kluang, Johor.
Keluarga Zarena akan berpindah ke Kluang, selepas suaminya yang bekerja di Penjara Bandar Hilir, Melaka ditukar bertugas ke Penjara Kluang.
"Kami berkonvoi menaiki tiga buah kereta dari Plaza Tol Ayer Keroh bermula pada pukul 5.40 petang semalam (kelmarin) sebelum tiba di susur keluar Plaza Tol Ayer Hitam pada pukul 7.35 malam," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Lapan di sini semalam.
Selepas mengisi minyak, mereka meneruskan perjalanan dan kereta Zaili berada di belakang sekali dengan diselangi tiga buah kenderaan lain.
Sebuah lori tangki minyak mengekori kereta Perodua Kancil dipandu Sabtu.
Selepas meneruskan perjalanan kira-kira 10 minit, isteri Zaili, Nur Atirah Wan, 31, menjerit kerana terkejut melihat kereta dipandu Sabtu seolah-olah dilanggar lori tangki minyak tersebut.
Sumber : Kosmo Online
BEBERAPA HARI INI, KITA SELALU MENDAPAT BERITA KEMALANGAN MENGERIKAN.
SALAH KITA ATAU IANYA TAKDIR KEPADA MANGSA ....???
No comments:
Post a Comment