Wednesday, December 30, 2009

DAP Ulangi Pendirian Tolak Negara Islam




KUALA LUMPUR: DAP mengulangi pendirian menolak pembentukan negara Islam diperjuangkan Pas, tetapi menyambut baik kesediaan kerajaan Kelantan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.

"Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kita berdasarkan perlembagaan, kalau perlembagaan tak sebut, ia memang tak wujud, tak perlu dibangkitkan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, semalam yang mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

Sumber : Berita Harian Online

PENDAPAT ANDA ??

No comments: