Wednesday, October 21, 2009

Siswi IPTS jual tubuh ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia awal 20-an antara 17 wanita yang ditahan dalam operasi membanteras pelacuran di sebuah pusat spa di Jalan Ipoh, di sini, lewat malam kelmarin.

Operasi terbabit dilakukan sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Daerah Sentul.

Apa yang menarik, tidak ada sesiapa pun akan menyangka di sebalik dinding di pusat spa terbabit terdapat kegiatan pelacuran.

Jurucakap polis berkata, tembelang kegiatan terbabit terbongkar apabila pihaknya membuat intipan selama beberapa hari selepas menerima maklumat orang awam.

“Kami dapati pintu diperbuat daripada kayu itu menggunakan alat kawalan jauh. Pelanggan tertentu saja boleh masuk dengan diiringi pekerja mereka.

“Seorang pensyarah IPTS warga China antara yang ditahan. Kami dapati dia menyalahgunakan kad pelajar dan kad ekspatriat dengan dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Dua lagi wanita warga China, tiga dari Vietnam, 10 dari Thailand dan seorang wanita Indonesia yang semuanya berusia awal 20-an turut ditahan dalam operasi membersihkan ‘ayam’ di ibu kota ini,” katanya.

Menurutnya, semua mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Operasi bermula jam 10.30 malam kelmarin itu berakhir kira-kira dua jam kemudian.


Harian Metro - 21 Oktober 2009

No comments: