Wednesday, October 12, 2011

Info Baru : Kerajaan mansuh laporan polis untuk sijil, pasport, geran dan lesen memandu

KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya adalah amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata, pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

Sumber : Berita Harian Online

KALAU MANSUH, DENGAN SIAPA NAK BERURUSAN KALAU KEHILANGAN SIJIL, PASPORT, GERAN DAN LESEN MEMANDU SELAIN PDRM ?

Bantuan rakyat RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,00.00 kebawah diagihkan mulai Januari 2012


KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2012 minggu lalu.

Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

"Antara agensi lain yang turut terbabit dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Seminar terbabit dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang berkenaan akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata, pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.

Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

"Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya. 

Sumber : Berita Harian Online

BERSYUKURLAH DENGAN REZEKI YANG DITERIMA.... ALHAMDULILAH

Monday, October 10, 2011

Jawatan Kosong : Guru Matematik, Sains, Bahasa Inggeris Tingkatan 1 hingga 5

( Gambar sekadar hiasan )


Jawatan Kosong....
Seberapa Segera perlu di isi
Secara Part time dgn Baiduri Home Learning
Guru Matematik,Sains,BI Tingkatan 1-5
pengalaman mengajar di sekolah atau pernah mengajar...
terbuka lelaki/wanita berumur 20 tahun ke atas
hubungi saya dengan segera...0132540977
emelkn resume anda di erinhebat@hotmail.my
hanya di Melaka sahaja.


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Friday, October 07, 2011

Teks Ucapan Belanjawan 2012


Teks Ucapan Belanjawan 2012

Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:



APA PENDAPAT ANDA DENGAN PEMBENTANGAN BAJET 2012 ?

Siaran-Siaran Langsung Streaming Pembentangan Bajet 2012


Live streaming di laman : - www.rtm.gov.my/bajet2012/

atau 

Anda juga boleh memberi ulasan secara langsung menerusi ruangan lintas langsung di laman web Harian Metro, http://www.hmetro.com.my/HMLIVE/coverlink/20111006124449/index_html

atau

Anda juga boleh memberi ulasan secara langsung menerusi ruangan lintas langsung di laman web Berita Harian, http://www.bharian.com.my/BHLIVE/coverlink/20111004173239/index_html

atau



KUALA LUMPUR: Sempena pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak petang esok, rakyat Malaysia boleh berkongsi pandangan dan memberi ulasan secara langsung menerusi ruangan lintas langsung di laman web Harian Metro, www.hmetro.com.my.

Ruangan tidak memerlukan pendaftaran orang ramai untuk penyertaan itu, dijangka bermula pada jam 3 petang esok hingga tamat program pembentangan Bajet 2012. Pembaca hanya perlu melawat hmetro.com.my dan klik pada banner ‘lintas langsung’ serta perlu menyatakan nama untuk membuat komen.

Selain mendapatkan maklumat, laman interaksi secara langsung itu juga membolehkan pembaca bertukar-tukar pendapat dan idea di kalangan pembaca Harian Metro.

Pembaca boleh mengikuti perkembangan pembentangan Bajet 2012 di Parlimen dan ulasan pelbagai pihak dari semasa ke semasa melalui seksyen Mutakhir dan Foto Pilihan di web Harian Metro selain mengikutinya di laman sosial facebook (www.facebook.com/metroonline) dan Twitter (twitter.com/hmetromy).

Sumber : Harian Metro Online

APA PENDAPAT ANDA TENTANG PEMBENTANGAN BAJET 2012 ?

Thursday, October 06, 2011

Lawak : Malam Pengantin Baru



Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ismail masuk ke kamar kerana mengantuk.
( Kemungkinan ada juga rasa yang lain, paham-paham sajalah pengantin baru). Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama," bisik hati Ismail.

Dimatikanya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik penuh romantis, "buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah, apa cerita ni?," tanya Ismail dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh! agaknya isteri aku teringat kampung halaman. Kesian sampai mengigau? Tak apalah, biarlah dia tidur," bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri, "sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"Kesiannya bini aku. Masih ngigau lagi. Aku mesti cari penawar," Ismail bertekad.

Esok harinya, Ismail bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.

"La," keluh ayah Ismail, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam dan Hawa, Laila dan Majnun seterusnya cerita Romeo dan Juliet. ( Yang relevan untuk pegantin baru saja). Sepatah cakap orang putih "about the birds and the bees".

"Oh! macam tu," sengih Ismail, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni."

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ismail pun tiba. Adegan sama di kamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"La, kenapa pulak senyap. Takkan dia give up," tertanya-tanya Ismail dalam hati.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ismail pun berkata, "dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi namun tiada sebarang sahutan.

"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai?"

Masih juga tiada jawapan. Ismail mencuba lagi, "juruterbang dah siap sedia. Boleh pesawat turun mendarat?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "maaf tuan, landasannya baru sahaja banjir."

Sumber : Email Yahoo Group

PAYAH JUGAK KALAU TAK RETI BAHASA ISYARAT NI... HEHE

Jawatan kosong: Kerani, Technician dan Jurutera Sivil Diperlukan ; Tarikh Tutup :- 30.10.2011



Jawatan kosong: Kerani, Technician dan Jurutera Sivil Diperlukan
 
Assalamualaikum.
 
Kami merupakan sebuah syarikat bumiputera Islam yang berkecimpung didalam pembangunan dan konsultansi rumah burung walit. Kami juga sedang berkembang maju dan mempunyai beberapa anak syarikat dalam pelbagai bidang. Memandangkan kami sedang berkembang ketika, kami sedang mencari calon-calon yang sesuai untuk berkhidmat dengan kami.
 
Kerani:
 
1. Perempuan Muslim
2. Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun
3. Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris
4. Biasa menggunakan komputer
5. Bersolat dan berakhlak baik
 
Technician :
 
1. Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun.
2. Tahu dalam troubleshoot elektronik dan elektrik.
3. Sijil dalam elektronik dan elektrikal.
4. Ingin belajar
5. Muslim
6. Bersolat dan berakhlak baik.
7. Lelaki
 
Jurutera Sivil:
 
1. Lelaki atau perempuan Muslim
2. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pembinaan.
3. Boleh mengira kos bahan binaan
4. Boleh mengeluarkan lukisan binaan bangunan
5. Berupaya untuk melakukan "Presentation" dengan pihak kerajaan atau swasta
6. Boleh berdikari
7. Boleh melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
8. Bersolat dan berakhlak baik.
 
Untuk jawatan Jurutera ini kami akan memberikan share dalam anak syarikat jika berupaya memberikan komitment yang baik.
 
Berminat? Sila emelkan resume dengan gambar serta gaji terbaru ke mdmecten@gmail.com sebelum 30.10.2011.
 
 
Zahirudin Salehuddin
 
0196558840
 

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Sunday, October 02, 2011

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus, Mungkinkah ?



KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Sumber : Yahoo News

APA PENDAPAT ANDA DENGAN BERITA INI ?