Saturday, February 12, 2011

Artis Indonesia : Luna Maya Mahu Taubat

 ( Mungkinkah selepas ini Luna Maya tidak berpakaian seksi lagi ? Kita tunggu dan lihat )


JAKARTA: Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Luna Maya berkata, dia mahu bertaubat, memperbaiki kesilapannya dan meminta peminat memberinya kesempatan berbuat demikian.

Peguam Luna, Raffi Ahmad berkata kekasih vokalis kumpulan Peterpan Nazril Ariel Irham itu, terkilan dengan tunjuk perasaan yang dilakukan orang ramai terhadap mereka ketika Ariel dijatuhkan hukuman penjara 42 bulan atas kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

“Luna pernah memberitahu saya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan. Dia juga ingin memperbaiki kesalahannya. Berikutan itu kalangan peminat perlu memberi sokongan kepadanya.

“Tindakan berdemonstrasi dan melemparkan kata-kata kesat tidak mendatangkan faedah sebaliknya memburukkan lagi keadaan. Jika kita bersedia memaafkan orang lain, ia lebih mulia,” kata Raffi ketika ditemui wartawan di Jakarta Barat.

Raffi berkata beliau bersimpati dengan Luna dan penghinaan yang diterimanya membabitkan kes itu.

“Sesiapa yang menghadapi masalah seperti dialami Luna, pasti akan menghadapi tekanan jiwa yang berat. Tiada siapa ingin berdepan masalah seperti ini,” katanya.

Raffi berkata anak guamnya tidak pernah bercerita secara terperinci mengenai tekanan yang dihadapinya kerana ia terlalu sensitif untuk dibincangkan. Kelmarin, Luna tidak hadir pada sambutan hari lahir rakan baiknya, Olga Syahputra dan tidak memberi alasan ketidakhadirannya.

Luna sebelum ini menemui Suruhanjaya Hak Asasi Indonesia bagi mendapatkan bantuan membabitkan kesnya selepas mendakwa ‘dianiaya’ sistem perundangan negara itu. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online

 BAGUS LA... KALAU DAH BERSALAH.. BERTAUBAT LAH..... 
TAPI JANGAN DIMULUT SAJA... KENA BETUL-BETUL BERTAUBAT

Kelab Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dalam proes untuk DIJUAL


Glazer jual Man Utd dengan harga RM8 bilion?

PEMILIK Manchester United, keluarga Glazer dikhabarkan sedang dalam proses untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada Qatar Holdings dengan nilai £1.6 bilion (RM8 bilion).

Menurut sebuah akhbar tempatan, pemilik United dari Amerika Syarikat, kini sedang ‘tawar-menawar’ tetapi proses itu pada dasarnya sudah dipersetujui dan bakal menyaksikan pelabur dari Amerika itu akan membuat untung hampir dua kali ganda berbanding £790 juta (RM3.95 bilion) yang mereka bayar ketika membeli kelab itu pada 2005.

United sedang bersiap-sedia untuk berdepan pasukan sejiran Manchester City yang turut dimiliki pelabur kaya-raya dari Timur Tengah, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan mungkin perlawanan sejiran itu menjadi perlawanan terakhir United di Old Trafford di bawah regim Glazer.
Glazer kurang digemari sejak enam tahun lalu, malah pernah dibantah ketika mengambil alih kelab itu kerana peminat setia bimbang pemilik dari Amerika itu akan meletakkan United di ambang risiko dalam jangka masa panjang.

Akhbar melaporkan Glazer membuka tawaran dengan harga £2 bilion tetapi menerima tawaran £1.6 bilion dan sumber dalaman memberitahu, rundingan pembelian oleh Qatari Holdings - rangkaian pelaburan milik keluarga diraja Qatar yang diketuai Emir Sheikh Hamad - hampir menjadi kenyataan tetapi United terus menafikannya.

Pengarah Komunikasi United, Phil Townsend kelmarin, menegaskan tiada tawaran dibuat.

“Tiada sebarang usaha dibuat untuk membeli Manchester United dan usaha ini juga tidak dialu-alukan,” katanya kepada media.

Qatar Holdings mempunyai pelbagai hartanah di England termasuk Kedutaan Amerika di London dan kompleks membeli belah mewah Harrods, yang dibeli daripada pemilik Fulham, Mohamed Al Fayed tahun lalu. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online
 
MANCHESTER UNITED NAK KENA JUAL.. APA REAKSI PEMINAT MAN UTD  ?

Kerajaan BN membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir dengan PERCUMA, Kerajaan Pakatan Rakyat pula beri DISKAUN tiket ke Mesir, Setuju ?

Tanggung sendiri tiket ke Mesir

KUMPULAN pelajar Malaysia dari Mesir yang berasal dari Kedah bertemu sanak saudara sebaik tiba di Alor Setar kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.

“Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.

“Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

Kerajaan BN membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir dengan PERCUMA,                        Kerajaan Pakatan Rakyat pula beri BANTUAN atau DISKAUN tiket ke Mesir,   

Baru sama-sama adil buat kerja. 
Setuju ? 

Melayu bertudung tapi tunjuk payu di tempat awam..

ayunyer.. kan ? siapa yang masih solo, boleh pilih ...
hehehehhe.. jangan marah ya....

For Fun

Hari Kekasih: Menteri terima ratusan panggilan telefon

( gambar hiasan )

KOTA BHARU - Cadangan ‘kekang aktiviti tidak bermoral’ oleh Pemuda Pas menyebabkan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.

Mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di sini hari ini, Menteri Pelancongan itu berkata, panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

"Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara.

Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.


Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari. - Bernama

Sumber : Kosmo Online
KEKANG AKTIVITI TIDAK BERMORAL UNTUK UMAT ISLAM.. SETUJU...

Thursday, February 10, 2011

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : Malaysia 2-0 Hong Kong

Makin garang



AMIRULHADI (kiri) mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaringkan salah satu gol Malaysia pada aksi menentang Hong Kong semalam Malaysia menang 2-0.

SELEPAS kejayaan menjulang trofi pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu, skuad bola sepak kebangsaan meneruskan rentak garang.

Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal muncul wira selepas masing-masing meledak satu gol pada minit ke-43 dan 90.

Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas pasukan yang menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara, kualiti serta corak permainan yang dipamerkan anak-anak buah Rajagopal pada perlawanan itu wajar diberikan pujian.

Ketika ini, Skuad negara menghuni ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong pula di tangga ke-143.

Jika sebelum ini ada segelintir pihak menganggap kejayaan yang dilakar barisan pemain negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu tidak akan bertahan lama, ternyata andaian tersebut jauh meleset sama sekali.

Kemenangan ke atas Hong Kong itu sudah mampu membuktikan segala-galanya biarpun diakui masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Bagaimanapun, anak-anak buah Rajagopal wajar diberikan kredit di atas usaha serta komitmen mereka bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak tanah air di pentas antarabangsa.

Ini boleh dianggap sebagai permulaan dan diharapkan barisan pemain negara yang ada ketika ini mampu melangkah lebih jauh lagi.

Andai rantau Asia Tenggara berjaya ditakluk, tidak mustahil skuad negara mampu layak beraksi ke saingan Piala Asia dan siapa tahu ke Piala Dunia pula.

Pada aksi semalam, hampir 10,000 ribu penonton hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara yang jelas menguasai perlawanan berbanding Hong Kong.

Jika tidak disebabkan tiang gol, anak-anak buah Rajagobal sudah pasti meraih gol awal menerusi rembatan voli penyerang baru kelab Indonesia, Pelita Jaya, Mohd. Safee Mohd. Sali dari luar kotak penalti seawal mini ke-12.

Skuad negara terus garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Hong Kong namun masih gagal memecah kebuntuan.

Namun, gol yang dicari-cari skuad negara akhirnya menjelma menerusi gerakan solo Safiq ke dalam kotak penalti pada minit ke-43 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, Rajagobal melakukan enam pertukaran dan kemasukan Amirulhadi yang masuk menggantikan Mohd. Ashaari Samsudin ternyata membuahkan hasil apabila dia menjaringkan gol kedua skuad negara pada lewat babak perlawanan.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber : Kosmo Online

TAHNIAH MALAYSIA..

Wednesday, February 09, 2011

Mayat warga emas ditemui dalam longkang di Batu 4, Tandop, Alor Setar. Kedah

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki warga emas yang tinggal rangka ditemui dalam longkang di Batu 4, Tandop, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, rangka Beh Kuan Tong, 56, dari Sungai Korok ditemui seorang pekerja pembersihan ketika membersihkan longkang di kawasan itu kira-kira pukul 7.10 petang.

Identiti warga emas lembam itu dikenali daripada kad rawatan pesakit yang ditemui dalam bajunya.

Polis yakin kematian lelaki itu bukan kes pembunuhan, namun akan tetap menyiasat punca kematiannya, kata Adzaman yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati lelaki itu disenaraikan sebagai orang hilang yang dilaporkan oleh keluarganya pada September tahun lepas. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

Tuesday, February 08, 2011

CUEPACS mahu gaji minimum RM900 sebulan dalam usaha membantu kakitangan berpendapatan rendah.


KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan perkhidmatan awam merayu kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan dalam usaha membantu kakitangan berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ketika ini segelintir kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu masih menerima gaji asas antara RM600 hingga RM647 sebulan.

“Kita berasakan sudah tiba masanya struktur gaji sektor awam disemak semula dengan mewujudkan kadar gaji minimum selepas kali terakhir semakan dilakukan pada 2007.
“Jika sektor awam mempunyai gaji minimum, CUEPACS berasakan segelintir kakitangan awam tidak akan membuat kerja sampingan yang kini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kerja mereka,” katanya di sini, semalam.

Omar berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan kursus pemantapan disiplin dan integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini.

Omar berkata, CUEPACS juga akan membangkitkan perkara itu pada Makmal Gaji Minimum yang dijadualkan berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat ini berhubung isu pekerja kontrak yang kehilangan kerja selepas kontrak perkhidmatan masing-masing tidak disambung semula.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan semalam, berkata orang awam akan diberi peluang mengemukakan pendapat mengenai dasar gaji minimum apabila kementerian mengadakan Hari Terbuka bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang Sabtu ini.

Katanya, program berkenaan diadakan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Abdul Razak di sini. 

Sumber : Berita Harian Online
DENGAN HARAPAN, GAJI DAPAT DIMINIMUMKAN KEPADA RM900....