Saturday, November 14, 2009

12 Barisan Di Akhirat

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." 

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA 

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka
itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah alasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah alasannyadan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih maklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan kedua belas...


Sumber : Email Yahoo Group

KITA SENDIRI DI BARISAN BERAPA ?? 

Sekadar Lawak...

Biar Benar?

Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm...satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita...lapan..."

Dot Pi Dot Mai.

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

Siapa Ini?  

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat.

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
7. Tak perlu bersusah payah mencari tem! pat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.
   
 Rahsia Menangkap Ikan.  

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."
CrewTV3 : "Oooooooooooo......."

Malu Sesangat.  

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Oh Nendaku.  

Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenda Lara berkata, "Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Sumber : Email Yahoo Group

LAWAK TAK ?

Kali Pertama Main Ngan Awek

Pada sesiapa yg blom cukup umo cam langsat, pulasan, asniz... sila baca cite lain.. kang terangsang nanti korang nangisss!!!

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur . Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil "Yati!!!!", lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, "ya, mak!!!".

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.

Satu hari dia tanya aku, "Siang ni you free tak?" Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, " Ada apa?" "I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?" Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku "Eh... no problem" "Bilik u ada TV?" tanya dia lagi " Ada !!!" balasku dengan kehairanan "Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang."

Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men'switch on'kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. "U biasa main tak?" tanya Yati "Tak biasa" jawab aku "Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2."ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh... .Syok ape... Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

"Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?" tanya aku
"Mahal juga, itupun ayah yang belikan" jawab Yati
"I ingat nak belilah satu, bulan depan" aku bersuara dgn penuh minat "Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi" Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap korang terangsang dengan cerita benar aku ini... . 


Sumber : Email Yahoo Group


APA YANG ANDA FIKIRKAN ??

Cara nak cover malu



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

___________________________________________________________________________________

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... 
 
Sumber : Email Yahoo Group

GUNAKANLAH TIPS INI SEBAIKNYA...

Guru punca pelajar bosan


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.

Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.

''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.

''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 178 murid ditahan di kafe siber dalam Operasi Ponteng Ayuh Ke Sekolah! di sekitar Sri Rampai, Keramat dan Wangsa Maju di sini kelmarin.

Salah seorang murid terbabit memberitahu, dia bertindak demikian kerana bosan berada dalam kelas.
Hashim menegaskan, kumpulan guru seperti ini perlu mengubah sikap dan memperbaiki diri bagi memikat pelajar untuk datang ke sekolah.

''Jangan kerana tidak ada minat maka pelajar-pelajar ini menjadi mangsa pemberontakan mereka.

''Cara ini salah, mereka perlu mencari jalan agar pelajar-pelajar ini mempunyai minat untuk belajar selain bantuan yang diberikan oleh ibu bapa,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, pula berpendapat, kegiatan ponteng sekolah berlaku kerana tiada aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah pada penghujung akhir tahun.

''Guru pada masa ini sibuk kerana terpaksa memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun di samping penyeliaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,'' katanya.

Beliau berkata, waktu senggang pelajar pada masa ini amat sesuai diisi dengan program bermanfaat seperti kegiatan sukan, kelas kemahiran teknologi maklumat (IT) dan aktiviti perkhemahan.

''Maka saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.
''Banyak perkara dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar ini daripada membuang masa tidak berbuat apa-apa di sekolah,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

BAGAIMANA DENGAN PELAJAR????
CIKGU MENGAJAR, PELAJAR MAIN DI BELAKANG.......

Resort spa Linda Onn

Dikuasai warna merah dan hitam, sesiapa yang melangkah ke dalam banglo mewah Linda Onn akan dicengkam aura keyakinan, keberanian dan kekuatan yang menawan hati tetapi penuh misteri.





"SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan," tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta.



DARI ATAS IKUT ARAH JAM: KAMAR mandi peribadi pemilik kediaman yang berkonsep vila spa Bali.
SUASANA malam di kediaman mewah Linda.
LINDA mencurahkan idea sendiri dalam menata rias kediaman barunya.



"Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi," akui Linda, 32.

Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, "Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru."

Bersatu dengan alam
Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.
Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.


ATAS: PERHATIKAN kolam mandi yang terletak dalam jarak hanya satu langkah daripada sofa di ruang tamu yang luas dan selesa ini.
BAWAH KAMAR beradu Linda yang memiliki saiz melebihi saiz apartmen atau kondominium biasa.



Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.

Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan ruang makan itu.

Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di situ. "Terasa seperti sedang dalam percutian pula," sahut jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor.

Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan rumah.

"Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas," ujarnya mengenai banglo yang memiliki lima bilik - satu di bawah dan empat di tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.








Curahan idea peribadi
Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.

Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik mandinya yang amat luas dan terbuka - justeru, ia turut bersatu dengan alam.

Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.

"Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir, nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri," ujar Linda.

Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo tersebut.

"Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi banglo ini," katanya.

Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, "Sememangnya warna hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat - yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.

Tambahnya, "Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut."

Persinggahan sementara
Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang terkenal itu, My Mom's Chicken Rice sejak lima tahun lepas.

"Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.

"Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu kata, 'Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula'," seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.


SESIAPA yang berpeluang menghuni di bilik tidur di tingkat bawah banglo ini, pasti merasakan seolah-olah sedang dalam percutian di sebuah resort.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.



Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom's Chicken Rice - dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya itu.

"Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari perayaan seperti Aidilfitri.

"Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias, seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi," jelasnya yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.
"Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi," ujar ibu Linda, Saadiah, ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.
Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, "Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai."

Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?

Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?

"Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta," ujar Linda berseloroh.
Melahirkan isi hatinya, akui Linda, "Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.

"Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini sememangnya rumah impian saya."

Sumber : Kosmo Online

BEST TAK JADI ARTIS ???

Ketua Geng Deva mati ditembak


ANGGOTA polis memeriksa kereta ketua Geng Deva selepas dia ditembak mati di Lebuh Raya Jelutong, Pulau Pinang semalam.
____________________________________

GEORGE TOWN - Datang dari Lembah Klang semata-mata untuk melakukan jenayah di Pulau Pinang.

Namun belum sempat ia dilaksanakan, seorang lelaki yang dipercayai ketua Geng Deva mati ditembak polis di Pengkalan Weld berhampiran Flat Lebuh Noordin di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, suspek, 37, mati selepas adegan tembak-menembak dengan polis yang mengekorinya dari Bukit Jambul.


Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob, polis menerima maklumat tentang kegiatan beberapa kumpulan penjenayah bersenjata api di negeri itu dan hasil siasatan, polis berjaya mengesan seorang daripada mereka di Lebuh Raya Jelutong.

"Polis cuba memintas kereta Perodua MyVi yang dinaiki suspek tetapi suspek telah melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

"Anggota polis membalas tembakan yang akhirnya membunuh lelaki terbabit dan polis menemui pistol jenis HK 9mm dengan dua kelopak peluru di dalam kereta suspek," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber : Kosmo Online


ADA SESIAPA YANG SERTAI OPERASI TERSEBUT ??? PIHAK POLIS TEMBAK MATI PENJENAYAH TU....

Dua lelaki warga Bangladesh dikurung, dipukul, dirantai rakan senegara



DUA warganegara Bangladesh yang menjadi mangsa culik dan dera empat rakan senegara mereka menunjukkan rantai yang diikat pada kedua belah kaki dan tangan mereka di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana selepas diselamatkan polis semalam.

KUALA LUMPUR - Keperitan dua lelaki Bangladesh yang dikurung dan didera oleh empat lelaki senegaranya dan seorang wanita Indonesia selama 11 hari berakhir selepas polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Sunway semalam.


Ketika serbuan pada pukul 1.15 petang itu, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terikat dan mulut mereka ditutup dengan pita pelekat serta lemah di ruang tamu rumah di tingkat 15 Blok 3A Pangsapuri Lagoon Perdana PJS 9/1.

Bagaimanapun, cuma dua suspek ditahan termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan yang dilakukan selepas polis menerima dua laporan culik daripada rakan mangsa pada 5 dan 6 November lalu.
Menurut sumber polis, sepanjang tempoh dikurung, suspek telah mendapat wang tebusan sebanyak RM32,500 daripada rakan-rakan mangsa di sini dan ahli keluarga di kampung mereka di Brishale, Bangladesh.

Mangsa yang berusia 31 dan 32 tahun tersebut memberitahu hanya diberi makan sebanyak dua kali sehari selain mulut mereka ditampal dengan pita pelekat manakala kaki dan tangan pula dirantai.

"Mereka turut dipukul dengan batang besi dan mengugut rakan dan ahli keluarga mereka melalui panggilan telefon untuk terus melakukan seksaan sekiranya mereka enggan membuat pembayaran,'' katanya sambil memberitahu tiga lagi rakan suspek yang masih bebas sedang diburu polis.

Tambahnya, polis turut merampas beberapa alat untuk mendera seperti batang besi, pisau, kapak dan playar dari rumah yang mempunyai tiga bilik tersebut.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Abu Hanif, 31, memberitahu, ahli keluarganya terpaksa menjual tanah dan beberapa ekor lembu untuk mendapatkan wang yang diminta oleh penculik tersebut.

Sumber : Kosmo Online

BANGLA\INDON DERA BANGLA DI MALAYSIA. ADA DALANG ???