Tuesday, September 21, 2010

Daerahku : Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus

 ( Bukit Perak, Pendang )

 ( Sungai Mada, Pendang Lake Resort )


ALOR SETAR 20 Sept. - Dua lokasi di Daerah Pendang didapati dicemari dengan kuman leptospirosis atau kencing tikus, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr. Marzukhi Md. Isa.

Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air di kawasan Pendang Lake Resort dan Bukit Perak, katanya.

"Namun Pendang Lake Resort tidak ditutup sepenuhnya, cuma pengunjung tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti yang melibatkan air.

"Sampel air yang diambil dan diuji di dua kawasan berkenaan dikesan mengandungi kuman leptospirosis,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata, setakat ini belum terdapat mangsa yang dilaporkan terkena jangkitan kuman berkenaan di dua kawasan tersebut. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online


BERHAT-HATI DENGAN AIR DI PENDANG LAKE RESORT DAN BUKIT PERAK..

4 comments:

Unknown said...

sabar dulu..
mandi kat rumah dulu yer..
kalau dah disahkan selamat..
baru lah p mandi di Bukit Perak..

Anonymous said...

SUNGAI MADA??

Anonymous said...

KOLAM MADA

Anonymous said...

oic.. ada info juga tentang kencing tikus.. tq ya ..